Kenali Jurulatih HMC

  • HIJRAH MINDA

    Pencetus Inspirasi Kejayaan Anda

    Hubungi Kami Segera

  • Hijrah Minda Consultant menawarkan program-program yang menjurus ke arah pembinaan dan perkembangan potensi diri yang menepati kehendak semasa. Ianya membolehkan perubahan dibuat pada peringkat yang lebih mendalam secara “unconscious” menjadikan penerapannya lebih kekal dan lama.

    Hijrah Minda Consultant dianggotai oleh pakar-pakar dan konsultan yang berpengalaman dalam bidang “human performance”. Mereka bukan sahaja mempunyai keilmuan yang tinggi malah memiliki pengalaman luas dan mendalam. “

PERUNDING

    • Pengamal NLP (Neuro Linguistic Programming)
    • Pengamal Hypnotherapy
    • Pengamal Sains Metaphysic
    • Panel Jemputan
      Menjadi panel jemputan rancangan television RTM,RTB TV Brunei dan Radio Malaysia
    • Penulis Artikel Majalah
      Terlibat penulisan bersama dalam majalah-majalah terbitan Karangkraf
    • Tenaga Pengajar
      Pensyarah di Pusat Asasi Matrikulasi UIA, Petaling Jaya
    • Pengasas Produk Jus Hijrah
      Jus hijrah produk kesihatan yang terkenal di bawah program pembangunan usahawan koperasi Uitm
  • MOHD ABD HADI BIN ISMAIL adalah salah seorang Perunding Prestasi diri yang banyak terlibat dalam pelbagai bidang latihan Motivasi korporat, Jabatan-Jabatan kerajaan dan swasta. Berkelulusan dalam pendidikan Diploma Pengajian Islam & Teknologi Maklumat, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) UDM dan B.A (Hons) Pengajian Al-Quran & Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Beliau merupakan pengendali modul latihan “ Kursus Fitrah Insan” secara berpakej bagi agensi Petronas Gas Berhad, INSTEP, Petronas Penapisan, Shell (M) Trading, Lembaga Minyak sawit Malaysia (MPOB) dan agensi-agensi lain. Pengasas kepada modul latihan “ Frekuensi sains terapi solat integriti dalam kerja”

    Beliau telah banyak terlibat dalam pelbagai bidang latihan khususnya untuk jurulatih bagi pensyarah-pensyarah dan guru-guru dalam teknik mengajar melalui Sains “Karektor Manusia” iaitu Penggunaan Bahasa Minda. Pengendali modul latihan, “Seronoknya Di Tempat Kerja” bagi YPKT, AADK, serta para doktor dan jururawat di Hospital Putrajaya, Serdang, Sungai Buloh, Terengganu dan banyak lagi jabatan yang terlibat.

    Beliau juga terlibat secara langsung dalam pembangunan modul produktiviti kerja bersama agensi, JPM, MARA,TNB,ILKM,MPOB,LPP,MOA ,DOF dan banyak lagi

     

Kenali Jurulatih Kami

  • Dr. Ridzwan Bakar

    Jurulatih HMC
    • Penulis Buku Haji Muda, Bila Pintu Hati Terbuka
    • Penceramah Bertauliah JAIS
    • Berpengalaman lebih dari 16 tahun
  • Dr Ridzwan Bakar CPA CMA CA ACIS adalah seorang profesional akauntan dan ahli kepada beberapa badan professional dalam dan luar negara. Beliau dilahirkan di Bandar Di Raja Klang kira-kira 40 tahun lalu.

    Beliau kini bertugas sebagai pegawai kanan sebuah organisasi korporat berkaitan kerajaan (GLC) dan mempunyai pengalaman luas melebihi 16 tahun di dalam bidang pengurusan strategik,kewangan dan perancangan perniagaan. Beliau pernah memegang jawatan Deputy CFO TM Net Sdn Bhd 2001-2005. Beliau terlibat secara langsung dengan transformasi perniagaan, membina KPI/Balanced ScoreCard dan merangka strategi jangka panjang syarikat.Turut berpengalaman membantu beberapa organisasi di dalam business transformation dan membina Balanced Scorecard/KPI.

    Beliau aktif berkongsi ilmu, kepakaran dan pengalaman di seminar serta konferen korporat, perniagaan dan akademik, dalam dan luar negara khususnya dalam bidang perancangan strategik, KPI, Balanced Scorecard, Budgeting dan ceramah motivasi. Beliau juga adalah Ahli Panel Penasihat Roundtable Kurikulum Akademik program Siswazah PhD/DBA/MBA Graduate Business School UiTM dan Ahli Panel (Certified Examiner Target Selection DDI International) untuk program Pembangunan Kepimpinan.

    Beliau pernah mengisi slot inspirasi dan berkongsi pengalaman di media seperti di dalam program MHI TV3, RTM 1 Program Selamat Pagi Malaysia, Astro Oasis, Radio IkIM, RTM, Majalah i, Majalah Nur, Mingguan Wanita dan beberapa tulisan beliau juga pernah disiarkan di akhbar-akhbar utama. Beliau juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan seperti menjadi Presiden persatuan penduduk, menjana semula imej dan peranan masjid, menulis blog berkaitan kecemerlangan pengurusan diri, memberi khidmat nasihat kepada masyarakat dalam bentuk motivasi, perundingan kewangan dan berusaha keras membawa misi Haji Muda dalam konteks pembinaan pemimpin, masyarakat dan kehidupan.

    Beliau berminat untuk terjun ke dunia penulisan berbentuk lautan biru bagi membina jati diri khususnya memfokuskan kepada pembinaan generasi muda muslim. Buku sulung beliau Haji Muda berjaya menempatkan beliau antara penulis aplikasi kehidupan yang mampu mencorakkan pemikiran masyarakat. Buku motivasi terbaru beliau Bila Pintu Hati Terbuka pula mengajak manusia berubah dan mengejar ilmu setinggi mungkin.

  •  3

    Ustaz Ahmad Tarmizi

    Jurulatih HMC / Selebriti
    • Johan Tilawah al-Quran Belia 4B Kebangsaan, 2007
    • Tempat Ketiga Akademi Al-Quran Musim Ke-3, TV9
    • Johan Tilawah Al-Quran Negeri Terengganu, 2010
    • • Qari Jemputan Rancangan Halaqah TV9 (Terkini)
  • 10801869_1565424010368905_8495668734159078427_n

    Ustaz Tarmizi dalam rakaman program Bismillah TV3 bersama Ustaz Roslan Mohamad

    Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman memegang jawatan sebagai tutor Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.

    Beliau juga memegang Sijil Tinggi Tarannum al Quran (STTQ), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah, di Universiti Islam Sains Malaysia (USIM). Dan kini beliau sedang melanjutkan pengajian Sarjana di Universiti Malaya (UM).

    Beliau pernah menjadi Mursyid bahagian Tajwid Akademik al Quran TV9 Musim ke 4 & 5. Beliau juga pernah menjadi Johan Majlis Tilawah al Quran peringkat Negeri Terengganu tahun 2010. Selain dari itu beliau pernah berada di tempat ketiga Akademik Al Quran musim ke-3, TV9 dan johan tilawah al Quran Belia 4B Kebangsaan 2007.

  • 5

    Muhammad Syamil Bunyamin

    Jurulatih HMC
    • International Master of Hypnotherapy
    • Berpengalaman Luas
    • Mahir dalam Psychoimmunology
  • Muhammad Syamil Bunyamin seorang pakar dalam bidang memprogram minda dan merupakan International Master of   Hypnotherapy. Beliau juga mempunyai ilmu dan pengalaman yang mendalam dalam bidang Psychoimmunology. Beliau sering memimpin perlatihan antaranya untuk kaunselor-kaunselor Jabatan Perkhidmatan Awan (JPA) cawangan seluruh Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Perbadanan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Pembangunan Keluarga Terenganu (YPKT). Untuk pihak swasta pula, beliau sering memimpin latihan untuk syarikat-syarikat bertaraf nasional seperti Perodua Service Company dan syarikat-syarikat bertaraf internasional seperti KALMAR (M) SDNBHD dan SHELL (M) Trading.

    Untuk peringkat institusi pendidikan tinggi, beliau sering diundang untuk memimpin untuk perlatihan pembangunan diri seperti di Universiti Teknologi MARA(UiTM) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Untuk peringkat sekolah pula, beliau sering memimpin perlatihan dan sesi khidmat runding antaranya Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Besut, Terengganu.Beliau juga merupakan pengasas kepada Success Personality Profiling (SPP) yang merupakan kaedah profil diri yang sangat berkesan danterbukti telah membantu ramai dalam soal perhubungan, pendidikan dan kerjaya menggunakan kaedah Resonance Detecting yang ketepatan maklumatnya sangat tinggi. Beliau juga aktif melakukan sesi khidmat runding untuk orang perseorangan dan organisasi menggunakan kaedah SMP.

  • 9

    Puan Suhaini Hassan

    Jurulatih HMC
    • Ijazah Sarjana Pendidikan
    • Berpengalaman Luas
    • Perunding peringkat antarabangsa
  • Suhaini Hassan adalah juruperunding yang berlatar belakangkan bidang kejuruteraan dan pendidikan. Bermula dengan kajian tahun akhir yang fokus kepada Pengurusan Projek Pembinaan KLIA sekitar tahun 1990-an telah membuka minda Puan Suhaini berkaitan pengurusan kualiti serta kepentingan memenuhi kehendak pelanggan.

    Beliau memulakan kerjaya dengan syarikat terkemuka Telekom Malaysia Bhd dan diikuti Syarikat Putra LRT sebagai jurutera sivil dan struktur yang bertugas memantau danmemastikan kualiti kerja-kerja pembinaan Light Rail Transit negara berpandukan spesifikasi dan standard antarabangsa. Karektor Puan Suhaini yang gemar dan serasi dengan bidang pendidikan dan latihan dijadikan realiti apabila beliau telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang pendidikan (Master in Education) pada 1997.

    Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah dua kementerian yang menjadi tempat Puan Suhaini menimba pengalaman dan pengetahuan secara ‘hands-on’ sebagai seorang pengurus kualiti dan pengurus dokumen apabila beliau diberi kepercayaan menjadi Ahli Jawatankuasa di peringkat Kementerian untuk menguruskan Sistem Pengurusan Kualiti dan telah berjaya mendapatkan Persijilan Antarabangsa MS ISO 9000 untuk Sistem Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruhnegara.

    Peluang terbuka luas untuk Puan Suhaini mengikuti pelbagai kursus dan pendedahan anjuran kerajaan dan swasta dalam bidang kecemerlangan organisasi berasaskan Sistem Pengurusan Kualiti, dan lain-lain bidang seperti persekitaran berkualiti (5S), Pengurusan Projek, Pengurusan Risiko (ISO 31000), Standard Pendidikan Tinggi Negara dan lain-lain. Beliau juga telah berjaya dengan cemerlang dalam kursus dan peperiksaan yang diikuti sebagai Ketua Juruaudit, ‘International Registered Certified Lead Auditor’.

    Evolusi Sistem Pengurusan Kualiti (1987-1994-2000-2008) telah memberikan cambahan idea yang mendalam berkaitan perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti. Berpeluang mengikuti latihan dan program penanda arasan di peringkat antarabangsa seperti di Galway Mayo Institute of Technology, Republic of Ireland, Australia serta beberapa organisasi di Singapura dan Institut Teknologi Bandung, Indonesia.

  • 7

    • Berpengalaman dalam bidang pengurusan
    • Aktif dalam kokurikulum peringkat universiti
  • Nur Syuhadah Mamat adalah merupakan salah seorang Pengurus Program dibawah Syarikat Hijrah Minda Consultant. Beliau merupakan salah seorang yang sangat berpengalaman di dalam bidang pengurusan. Beliau adalah bekas pelajar di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Bachelor of Information Science (Hons.) Information System Management.

    Di universiti, beliau banyak memegang jawatan sebagai pengarah program dan terlibat dengan program “Public Relation” seperti program yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, NGO dan sebagainya. Beliau juga pernah bekerja di Petronas Carigali Sdn Bhd, Peninsular Malaysia Operations.

    Beliau juga pernah terlibat secara langsung dalam beberapa buah projek yang dianjurkan oleh jabatan terutama dalam aktiviti Downstream termasuk “Refining of Crude & Oil Products Distribution.